Latar Belakang Serangan pimpinan Hamas terhadap Israel 2023

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke Israel dari Genting Gaza oleh pejuang Hamas dari Palestin, disusuli dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel).

Sempadan Israel-Gaza juga hancur akibat diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain, juga dihancurkan oleh rakyat Palestin di Gaza menggunakan jentolak yang menghancurkan pagar sempadan Israel-Gaza. Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain juga menggunakan jip bagi memasuki wilayah jajahan 1948 melalui jalan darat dan laut. Kebanyakan kem tentera Israel berdekatan dengan sempadan Gaza turut dikuasai oleh unit pejuang Palestin. Pejuang Hamas juga menawan sejumlah pegawai, pasukan tentera dan rakyat Israel. Salah satu komander kanan tentera Israel yang ditawan ialah Nimrod Alloni. Kesemua tawanan itu telah dibawa ke Genting Gaza.

Permulaan serangan Operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Perang Arab–Israel pada 1973.[16] Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa "Mujahidin" memulakan operasi bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan Palestin yang selama ini dizalimi Zionis Israel. Briged Izzuddin Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. Trafik navigasi terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.[17] Serangan roket dari Gaza juga terus dilancarkan ke Israel sejauh Tel Aviv dan Jerusalem.

Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Carikan Gaza.[18][19] Sejurus serangan ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mula mengadakan mesyuarat tergempar dan mengisytiharkan perang ke atas Palestin. Netanyahu juga memberi amaran kepada pejuang Palestin bahawa mereka akan berdepan dengan akibat yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Menteri Pertahanan Yoav Galant meluluskan panggilan pasukan simpanan.[20] Israel memulakan serangan balasnya yang digelar "Operasi Pedang Besi" dengan serangan udara ke atas Carikan Gaza, terutama di bahagian utara dengan tujuan bagi "memusnahkan keupayaan Hamas" di Gaza. Puluhan penduduk disahkan maut akibat serangan yang disasarkan ke kawasan kem pelarian dan kawasan awam.[21] Israel juga telah menyerang masjid dan hospital yang telah menjejaskan khidmat perubatan di Gaza. Sekatan penuh juga dikenakan rejim Israel ke atas Carikan Gaza merangkumi bekalan elektrik, air dan bantuan makanan.

Rujukan

WikiPedia: Serangan pimpinan Hamas terhadap Israel 2023 https://web.archive.org/web/20231007060822/https:/... https://www.bloomberg.com/news/articles/2023-10-07... https://www.mako.co.il/news-military/6361323ddea5a... https://web.archive.org/web/20231007060826/https:/... https://www.ynetnews.com/article/syme7drgt https://edition.cnn.com/middleeast/live-news/al-aq... https://web.archive.org/web/20231007094104/https:/... https://www.theatlantic.com/international/archive/... https://web.archive.org/web/20231007162429/https:/... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-6704022...